Tuesday, March 19, 2013

Psy Bersara Dari Menari Tarian Kuda


Amat mengejutkan apabila penyanyi Gangnam Style, Psy dikatakan tidak akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu ‘berhantunya’ itu pada mana-mana acara selepas ini.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Psy sendiri pada konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

“Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua.

“Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!,” jelas Psy yang dipetik dari Malaysiandigest, di sini, hari ini.

Tambah Psy, dia kini teruja untuk memperdengarkan kepada peminatnya mengenai single terbarunya yang akan dikeluarkan pada 13 April ini.

Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump.

Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon