Wednesday, March 06, 2013

Pengganas Sulu Menyamar Penduduk Tempatan Diburu


Menyamar sebagai penduduk tempatan dipercayai menjadi sebahagian pendekatan pengganas dari Sulu, Filipina untuk mengelirukan pihak berkuasa sebelum menyelinap keluar dari tempat persembunyian.


Sumber kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pengganas terbabit dipercayai berbuat demikian ketika pasukan keselamatan memindahkan penduduk di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu yang diisytiharkan sebagai zon merah, “Mereka dipercayai bertindak demikian lebih awal sebelum kita melancarkan serangan ke Kampung Tanduo pada jam 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, operasi mengeluarkan baki penduduk yang terperangkap di perkampungan masing-masing dilakukan antara jam 5 petang kelmarin hingga awal pagi semalam.

Bagaimanapun, sumber itu berkata sumber itu berkata pasukan keselamatan mempunyai strategi bagi mengesan pengganas yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu.

“Kita ada kaedah tersendiri bagi memastikan mereka (pengganas) tidak terlepas dan percaya insiden pencerobohan akan ditamatkan dalam masa terdekat.

“Kita akan terus bersiap sedia dan melakukan kawalan,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon