Friday, March 08, 2013

Pencuri Paling Malang Di Dunia


Seorang pencuri bernasib malang selepas dia mengunjungi sebuah restoran di Applebee di Lakewood.


Pencuri itu yang cuba menggunakan lesen memandu yang dicurinya untuk memesan minuman keras, akhirnya menerima padah.

Ini kerana, lesen memandu yang dicurinya adalah milik Brianna Priddy, iaitu pelayan di restoran berkenaan yang mengambil pesanan daripadanya.

Priddy yang melihat kad pengenalannya ketika ditunjukkan oleh suspek kemudiannya menyerahkan semula kepada pencuri terbabit.

Malah dia berjanji akan membawa pesanan berkenaan dengan segera.

Bagaimanapun Priddy kemudiannya terus menuju ke telefon dan menghubungi polis.

Berikutan itu, pencuri tersebut yang berusia 26 tahun berjaya ditangkap.

Menceritakan pengalaman berkenaan, Priddy berkata, dompetnya telah dicuri pada 13 Februari lalu ketika keluar malam bersama rakan-rakannya.

Sejak itu, pencuri terbabit telah menggunakan kad pengenalannya untuk mengeluarkan wang melalui cara yang salah.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon