Thursday, March 07, 2013

Pelakon Cantik Fobia Bercinta


Pelakon cantik yang semakin mendapat tempat di industri hiburan tempatan, Elfaeza Ul Haq menyatakan dia fobia untuk kembali bercinta.


Ini berikutan dia pernah dikecewakan apabila cinta hatinya tidak kesampaian dan putus di tengah jalan empat tahun lalu.

Memetik laporan portal gua.com.my, Elfaeza, 28, atau lebih dikenali sebagai Elfa ini menyatakan, “setiap wanita pasti ingin berkahwin dan mempunyai anak. Dulu saya sasar untuk berkahwin pada umur 24 tahun, namun sebagai manusia, kita hanya boleh merancang saja. Kali terakhir saya bercinta pada tahun 2008 dan waktu itu saya memang serius dalam perhubungan dan ada perancangan untuk berkahwin.

“Namun nak buat macam mana, tak ada jodoh antara kami. Buat masa ini saya belum mempunyai cinta hati lagi dan berserah semuanya pada Allah. Tidak dinafikan, saya kini fobia bercinta.

Apapun, kalau ada jodoh kelak, saya mahukan lelaki yang bertanggungjawab, rajin bekerja, penyabar serta penyayang,” ujar Elfa yang kini memasang impian untuk menamatkan zaman solonya pada umur 30 tahun.


Pelakon kelahiran Singapura ini juga berazam untuk terus lebih maju pada tahun ini dalam bidang lakonan terutamanya lakonan filem serta menghasilkan sebuah lagu untuk melengkapkan karier perjalanan seninya di sini.

Moga-moga tercapai segala keinginan Elfa itu ya!

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon