Monday, March 18, 2013

Panas! Rashid Mengaku Kirim SMS Lucah Kepada Carmen


Insiden pengarah ajak ke ranjang yang dilaporkan baru-baru ini akhirnya telah selesai apabila pengarah filem, Rashid Ahmad, 38, membuat pemohonan maaf terhadap pelakon baru iaitu Carmen Chew Richy, 22.


"Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya," kata Carmen Chew kepada Harian Metro. Pada 9 Mac lalu, Carmen mendakwa Rashid bertindak di luar batasan apabila mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur seks kepadanya pada bulan Januari. Di samping itu, Rashid turut dituduh memukul, menampar dan tidak membayar gaji kepadanya.

Bagaimanapun, Rashid menafikan dakwaan melainkan mengakui mengirimkan pesanan ringkas berbaur seks yang bertujuan untuk menyedarkan Carmen yang tidak membayar sewa rumah di Setapak menyebabkan pemilik rumah mencarinya.

Tambah Rashid lagi, dia berbuat demikian kerana Carmen enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik walaupun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit.

Pengarah berusia 38 tahun itu berkata, dia kesal dengan tindakannya itu dan memohon maaf kepada Carmen.

"Saya beranggapan ia hanya salah faham dan perlu diselesaikan secara baik tanpa membabitkan tuduhan melulu. Tambahan pula saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kontroversi."

Sementara itu, Zahrin Ishak yang merupakan Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pihak, SENIMAN merasakan masalah itu tidak perlu dipanjangkan dan mencadangkan majlis mohon maaf diadakan.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon