Monday, March 04, 2013

Orang Sabah Memang Pengecut - SuaraPakatanRakyat


Setakat artikel ini ditulis, insiden di Lahad Datu & Semporna Sabah telah meragut nyawa 18 orang tentera diraja Sulu dan 8 orang anggota polis Malaysia.


Laman ini menjangka lebih banyak nyawa terkorban hari ini berikutan serangan besar-besaran oleh pasukan tentera dan polis terhadap kedudukan tentera Sulu yang telah dikenalpasti. Selain itu berita yang baru diterima mengesahkan seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor, telah ditawan pasukan tentera diraja Sulu di Semporna.

Dalam masa sama, laman ini menilai sikap penduduk Sabah yang rata-rata lari meninggalkan tempat kejadian kerana bimbang diserang atau ditangkap sebagai tebusan, disebalik dakwaan pihak polis bahawa keselamatan di 3 kawasan terbabit (Kunak, Lahad Datu & Semporna) berada dalam keadaan terkawal.

Melainkan satu kejadian di Kampung Sinalang Lama Kabogan, Semporna dimana penduduk kawasan tersebut membunuh seorang anggota tentera Sultan Sulu yang menceroboh, tidak ada kejadian sama berlaku di mana-mana, semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pasukan keselamatan untuk memantau dan mengambil tindakan.

Itupun, tentera Sultan Sulu berkenaan hanya seorang (walaupun bersenjata), berhadapan dengan lebih 80 orang penduduk kampung. Tidak hairan kenapa dia boleh ditumpaskan dengan mudah. Kalau satu lawan satu, mungkin boleh cerita lain.

Keberanian penduduk kampung dalam kejadian tersebut juga boleh dipertikaikan, kerana selepas kejadian tersebut, hampir keseluruhan penduduk kampung lari meninggalkan rumah masing-masing untuk menetap di rumah saudara mara di kampung berdekatan kerana bimbang serangan balas tentera diraja Sulu.

Tambah mengejutkan, dilaporkan ada rakyat Sabah berketurunan Sulu yang membantu tentera penceroboh terbabit dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan. Laman ini difahamkan ada lebih 40,000 orang rakyat Sabah yang berketuruan Sulu.

Peliknya, pada satu ketika tidak berapa lama dahulu, suarapakatanrakyat.com pernah diancam rakyat Sabah berikutan tersiarnya artikel yang mengkritik pemimpin besar UMNO kerana menari tarian Sumazau. Ada yang nak sumpit ketiaklah, ada yang nak pancunglah, tembak dan sebagainya.

Ingat berani sangat, rupanya bila berlaku peristiwa seumpama ini, majoriti daripada mereka, lari!!

Berani apa macam itu, bila ada krisis sahaja, cepat-cepat nak lari? Soal atas arahan pihak berkuasa atau tidak, itu cerita lain. Kalau berani, siapa datang arah pun mereka tidak akan takut dan bertahan di kediaman masing-masing!!

Inilah pengajaran kepada orang-orang kita. Lain kali jangan tahu cakap besar dan takbur sahaja.

Laman ini tidak bimbang dengan kenyataan ini boleh mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat, kerana berdasarkan keadaan keselamatan semasa, hampir pasti Sabah akan disiytiharkan darurat dan pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat di negeri tersebut.

[Sumber]

Apa komen anda?

2 comments

  1. Tanya Sama Anwar, Macamana Dia Tahu Sabah Nak Hilang,
    Nanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,

    ReplyDelete
  2. http://suarapakatanrakyat.com/ <--- BLOG UMNO.. menyamar blog PR.. pergh terdesak giler ler korang nih derrr.. lolz...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon