Sunday, March 17, 2013

Miley Cyrus dan Liam Hemsworth Putus Cinta


Spekulasi hubungan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth yang dikatakan sudah berakhir sebelum ini, akhirnya menjadi kenyataan.


Kedua-duanya kini sudah memutuskan hubungan mereka.

New York Post melaporkan, ini bukan kali pertama hubungan mereka berakhir, sebaliknya mereka berdua pernah memutuskan hubungan sebelum ini.

Miley dikatakan suka berparti dan keadaan ini menjadi satu masalah kepada Liam.

Manakala pelakon itu pula dikatakan seorang yang bermata keranjang.

“Mereka telah berpisah, kemudian berbaik semula. Semuanya kerana Miley mengesyaki Liam bermain kayu tiga.

“Biarpun Miley menyatakan mereka telah berpisah, namun kedua-duanya berada jauh antara sama sama lain,’’ lapor akhbar itu.

Miley dilaporkan berada di Los Angeles, manakala Liam pula berada di Australia untuk melawat abangnya, Chris, kanak iparnya, Elsa Pataky serta anak saudaranya, India Rose.

Khabar angin hubungan mereka berantakan itu bermula selepas bekas pelakon Hannah Montana itu tidak memakai cincin pertungan mereka.

Biarpun Miley mendakwa hubungan mereka masih baik, namun dia dilaporkan naik angin dengan khabar angin bahawa Liam telah menipunya untuk bersama January Jones pada majlis sebelum Oscar.

Gambar Liam bersama Jones telah dirakamkan di belakang sebuah kereta.

Liam dan Jones bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara berkenaan dan mengambil sikap menutup mulut.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon