Saturday, March 30, 2013

MegaUpload Lancar Website Baru, Mega.co.nz!


Pelancaran laman web Mega baru-baru ini menarik minat jutaan pengguna internet. Lebih 1 juta pengguna telah berdaftar dalam tempon kurang dari sehari, menyebabkan akses ke laman web tersebut sedikit terjejas. Pengasasnya, Kim Dotcom sendiri tidak menjangka akan mendapat sambutan sebegitu hebat.


Kim Dotcom sebelum ini ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang apabila laman webnya sebelum ini, Megaupload dikatakan menjadi perantara untuk penyebaran fail-fail yang dilindungi hakciptanya. Bagaimanapun, dengan pelancaran Mega, Kim Dotcom telah mengambil tindakan bijak bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Sebelum ini, di Megaupload, laman tersebut memuat naik fail pengguna ke servernya, tanpa sebarang perubahan. Megaupload sendiri dapat mengenalpasti fail tersebut, Tetapi di Mega, perkara tersebut tidak berlaku. Fail pengguna akan dienkrips (encrypt) sebelum dimuat naik ke server. Kunci untuk fail tersebut hanya dipunyai oleh klien yang memuat naik fail tersebut.

Seandainya pihak berkuasa mengganggu operasi Mega, tiada apa yang dapat dilakukan mereka kerana Mega sendiri tidak mengetahui isi kandungan, mahupun mengetahui fail apa yang dimuat naik oleh pengguna.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon