Saturday, March 09, 2013

Manchester City Tak Berminat Beli Rooney


Manchester City dikatakan tidak akan membuat sebarang tawaran untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney pada musim panas ini.


Kebimbangan masa depan Rooney bersama United semakin memuncak selepas kelab itu bersedia menerima mana-mana tawaran bernilai 25 juta pound kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Biarpun City dilihat satu-satunya kelab yang pasti tiada masalah untuk membeli Rooney dengan kedudukan kewangan yang kukuh, mereka dikatakan lebih berminat untuk membeli bintang Napoli, Edinson Cavani dan penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao.

Pengurus City, Roberto Mancini mengakui yang dia meminati corak permainan Rooney, namun tetap perlu meyakinkan pengarah bola sepak kelab itu, Txiki Begiristain dan ketua eksekutif, Ferran Soriano terlebih dahulu.

Mario Balotelli sudah pun meninggalkan City, Januari lalu dan jejaknya bakal disusuli Edin Dzeko yang diintai Borussia Dortmund serta Carlos Tevez yang hanya berbaki kontrak setahun bersama kelab itu.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon