Thursday, March 14, 2013

Maklumat Sulit Selebriti Terkenal Hollywood Digodam


Maklumat kewangan sememangnya terlalu sulit dan peribadi buat kita semua. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi 12 selebriti berpengaruh di Hollywood seperti Britney Spears, Donald Trump, Beyonce, Jay-Z, Paris Hilton dan lain-lain telah diceroboh oleh hackers.


Menurut sumber TMZ, terdapat sebuah laman web yang menyiarkan nombor sekuriti, maklumat kad kredit, pinjaman kereta dan maklumat sulit lain yang tentunya mengecewakan selebriti-selebriti yang terlibat.

Antara artis yang terkena juga ialah Mel Gibson, Kim Kardashian, Ashton Kutcher, Joe Biden dan bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Pihak berkuasa Los Angeles dilaporkan sedang menjalankan siasatan mengenai kes terbabit untuk memburu si penjenayah siber ini.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon