Saturday, March 09, 2013

Lelaki Tawar Isteri Untuk Disembelih


Lebih banyak maklumat mengerikan terbongkar dalam perbicaraan seorang anggota bandar raya ini yang dituduh bersubahat membunuh dan memakan wanita.


Pendakwa raya berkata, Gilberto Valle, 28, terbabit dalam perbualan di e-mel dengan seorang lelaki Pakistan, Aly Khan mendakwa dirinya penyembelih haiwan dan menghantar Valle video menunjukkan seekor kambing yang dikelar tekaknya.

Mahkamah juga diberitahu Valle mempunyai ‘mentor’ Inggeris yang mendakwa telah membunuh dan memakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Di Mahkamah Persekutuan Manhattan, ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Corey Walsh memberi keterangan dengan mengemukakan perbualan dalam talian antara Valle dan Khan tahun lalu, di mana Khan berkata, dia “ingin menyembelih seorang gadis dan menganggapnya sebagai daging”. Perbualan berterusan: “Saya membunuh beberapa ekor kambing untuk melihat apa berlaku kepada binatang itu dan bagaimana ia dilakukan,” katanya sebagaimana dipetik daripada kenyataan di mahkamah.

“Saya dapati ia sangat mudah. Hanya perlu membaringkan, ikat haiwan itu lalu terus mengelar tekaknya.” Juri hanya diperlihatkan adegan utama penyembelihan kambing dalam video itu kerana ia sangat mengerikan, lapor akhbar New York Post.

Valle yang mengenali Khan menerusi laman web untuk golongan yang berfantasi memakan daging manusia menulis bahawa dia “cuba memilih seorang gadis yang boleh dihantar kepada Khan.” Dia menambah: “Saya boleh memujuk teman wanita saya pergi ke India.” Valle merujuk kepada Kathleen Mangan, wanita yang menjadi isterinya enam bulan selepas itu.

Kathleen memaklumkan kepada polis mengenai fantasi seksual suaminya selepas menemui bahan mengerikan pada komputer riba lelaki itu. Valle dan Khan terus berbicara untuk ‘memalukan’ Kathleen, bergilir-gilir memperkosanya dan kemudian membunuhnya bersama-sama.

Walsh juga membacakan petikan e-mel dan mesej pesanan ringkas antara Valle dan seorang lelaki Inggeris menggunakan nama Moody Blue.

Moody Blues mendakwa dia berfantasi makan daging manusia sejak berusia enam tahun, tetapi tidak dapat memenuhi keinginannya hingga 35 tahun kemudian.

Dalam satu e-mel, Valle memberitahu Moody Blue bahawa pemain sofbal dikenalinya adalah ‘daging paling mengghairahkan pernah saya temui, menurut Daily Telegraph. Perbicaraan masih diteruskan.

-Daily Mail

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon