Tuesday, March 05, 2013

Lelaki Nyaris Maut Ditembak Anjing!


Seorang lelaki semalam mendakwa dia cedera selepas ditembak anjingnya ketika dia memandu di sebuah lebuh raya di Florida.


Gregory Lane Lanier, 35, memberitahu polis, dia menyangka pistol 9mm Beretta yang diletakkan di lantai pikapnya tidak berpeluru.

Tetapi apabila anjingnya jenis Bulldog menendang pistol itu, ia melepaskan tembakan.

Lanier mengalami kecederaan di kaki akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, jurucakap polis, Steve Carr berkata, Lanier mungkin mereka cerita itu.

“Kami tidak menyiasat kes itu kerana ia tidak membabitkan jenayah,” katanya.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon