Sunday, March 17, 2013

Lady Gaga Bakal Berkahwin?


Sering muncul dalam mengenakan fesyen pelik, Lady Gaga dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya pada musim panas ini.


Menurut rakannya baiknya, Lady Starlight, tiba masanya Gaga dan teman lelakinya, Taylor Kinney menjalin hubungan lebih sempurna.

“Gaga pertama kali bertemu Kinney ketika dia muncul dalam video klip You And I pada 2011, di mana mereka menjalin hubungan cinta. Sehingga kini mereka serasi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Starlight, buat masa ini mereka belum menetapkan tarikh perkahwinan.

“Pada musim panas ini, Kinney akan selesai dengan sesi penggambarannya dan Gaga juga tidak mempunyai jadual konsert atau masuk studio. Jadi diharap berita gembira ini akan segera diumumkan,” katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon