Tuesday, March 19, 2013

Kuku Tidak Bercat Trend Terbaru 2013


Nampaknya kuku yang tidak bercat sudah menjadi trend buat tahun 2013. Siapa kata anda perlukan pewarna kuku untuk bergaya?

Kuku Tidak Bercat

Berdasarkan apa yang dilihat di majlis Oscars 2013, ramai selebriti seperti Selma Hayek, Adele, Charlize Theron, Naomi Watts, Amy Adams dan Jennifer Garner menghadiri majlis dengan kuku yang 'kosong'.

Untuk buatkan kuku anda tampil menawan tanpa pewarna kuku, dapatkan gaya klasik menerusi manicure Perancis.

Tetapi, untuk lebih mudah lagi, anda tidak perlu menggilapkan kuku langsung! Apa yang penting adalah kuku anda kekal bersih.

Namun, jika anda tidak mahukan kuku yang kelihatan terlalu 'kosong', anda boleh gunakan warna merah jambu ala Kerry Washington.

Bagi anda yang mahu sesuatu yang lebih seronok pula, anda boleh cuba gaya kuku yang bercetak 'tribal'.

Gaya sebegini tetap menjadi kegemaran ramai semenjak perkenalannya pada tahun 2012 dan masih popular di dunia fesyen musim bunga dan musim panas yang dibawa oleh BCBG, Bottega Veneta dan Donna Karan.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon