Friday, March 08, 2013

Korea Utara Bersedia Lancar Perang Nuklear!


Korea Utara semalam berikrar akan melancarkan serangan nuklear awal ke atas Amerika Syarikat kerana percaya Washington menggerakkan usaha memulakan perang atom terhadap Pyongyang.


Amaran itu dibuat beberapa jam menjelang undian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada memperketat tahap sekatan terhadap Pyongyang berikutan ujian nuklearnya baru-baru ini.

Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata, negara itu akan menggunakan haknya melancarkan serangan nuklear awal untuk memusnahkan kubu musuh kerana Washington yang mendesak memulakan perang nuklear terhadap Korea Utara.

Walaupun rejim komunis itu membesarkan cerita bom nuklear dan serangan awal, ia dirasakan tindak mempunyai kemampuan membina peledak peluru yang cukup kecil untuk diletakkan pada peluru berpandu, yang boleh tiba di Amerika. Ia dipercayai memiliki kuasa nuklear mencukupi untuk beberapa peralatan nuklear primitif.

Ancaman perkara biasa

Ancaman itu adalah perkara biasa dari Korea Utara, dan terutama sejak kebelakangan ini. Ia marah berhubung kemungkinan sekatan dan mengenai latihan ketenteraan Amerika dan Korea Selatan, yang akan datang. Pada satu perhimpunan besar-besaran di Pyongyang kelmarin, berpuluh ribu rakyat Korea Utara membantah latihan dan sekatan itu.

Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan pusingan keempat ke atas Pyongyang.

Duta Russia ke PBB, Vitaly Churkin, yang kini menjadi presiden majlis itu berkata ia mengundi mengenai resolusi deraf sekatan itu pagi semalam.

Resolusi dirangka oleh Amerika dan China, sekutu kuat Korea Utara.

AS ketuai sekatan

Kenyataan oleh jurucakap Kementerian Luar Korea Utara disiarkan oleh Agensi Berita Korea Pusat. Ia menuduh Amerika mengetuai usaha mengenakan sekatan ke atas negara itu.

Kenyataan menyebut, sekatan baru itu hanya menyebabkan Korea Utara menunaikan ikrar terdahulu melancarkan serangan hebat kedua dan ketiga terhadap musuh.

Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika.

Korea Utara menuntut Majlis Keselamatan segera menutup Ibu Pejabat PBB diketuai Amerika di Seoul dan bertindak menamatkan perang di Semenanjung Korea, yang berlanjutan selama enam dekad selepas pertempuran tamat kerana gencatan senjata, bukan perjanjian damai, yang mengakhiri perang.

Dalam menantikan resolusi itu diterima, Korea Utara terdahulu minggu ini mengancam membatalkan gencatan senjata 1953 yang menamatkan Perang Korea.

–AP

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon