Monday, March 18, 2013

Kisah Menarik Apabila Twitter Selebriti Terkenal Digodam


Pada 21 Februari lalu, Twitter milik mogul perniagaan Donald Trump telah digodam apabila tiba-tiba saja dua juta pengikutnya dikejutkan dengan lirik lagu Lil Wayne memenuhi dinding Twitternya.


Lirik tersebut yang berbunyi, "These hoes think they classy/ well that's the class I'm skippen" dari lagu "Scream & Shout" telah dibuang oleh Trump sendiri tidak lama kemudian dan dia menyatakan ketidak puasannya terhadap Twitter dan mengatakan, "Twitter akan jadi laman sosial yang tidak berguna sekiranya ia mudah ditembusi."

Tapi bukan Donald Trump sahaja selebriti yang Twitter-nya pernah dicerobohi. Ada kes selebriti yang diaibkan, seperti Hayley Williams, vokalis Paramore yang mendapati gambarnya yang mengaibkan telah dipos oleh seorang penggodam di Twitter rasminya. Ada pula kes yang lucu, seperti kes Twitter The Game yang dicerobohi seseorang yang mempergunakan akaunnya untuk mengutuk rapper Ja Rule.

Antara yang lain termasuk:

Ashton Kutcher
Ashton Kutcher pakar dalam dunia Twitter, dan tiada siapa sepatutnya cuba untuk mempermainkannya. Bintang "The Two and a Half Men" itu pada awalnya menjadi mangsa penggodam yang mengenal pasti rumah kekasihnya, aktres Lorene Scafaria di peta Foursquare. Kutcher bersumpah untuk membalas dendam dan menulis, "Awak ceroboh Foursquare saya dan sekarang saya tahu alamat awak. Oops. Seronoknya!"

Axl Rose
Pada tahun 2010, seorang penggodam telah memecah masuk ke dalam akaun Twitter anggota Guns N' Roses, Axl Rose dengan menulis, "Kesemua tarikh Guns N' Roses telah dibatalkan secara rasminya. Sila hubungi kaunter pembelian pilihan anda untuk menebus semula wang anda", dan mengecewakan ramai peminat yang menunggu kumpulan tersebut membuat persembahan dalam konsert jelajah Eropah mereka. Mujur ia hanya tindakan tak bertanggungjawab penggodam, dan promoter mereka di UK segera membetulkan keadaan.

Britney Spears
Britney Spears juga tidak terkecuali dalam menjadi pilihan penggodam apabila pada tahun 2011, akaun Twitternya diceroboh dan sebagai gurauan, mereka menulis seolah-olah Britney adalah pemuja syaitan. Antara isi kandungan Twitter yang mereka reka termasuk, "Saya serahkan diri saya kepada Lucifer setiap hari agar ia sampai dengan segera." Namun begitu, itu bukan kali pertama dia menjadi mangsa penggodam. Pada tahun 2009, satu lagi tweet palsu separa lucah berkenaan bahagian tubuhnya telah dikeluarkan.

Ja Rule
Pada hari di mana penyanyi rap "Always on Time", Ja Rule diberikan hukuman dua tahun penjara kerana pemilikan haram senjata api, seorang penggodam menambah bara lagi dengan menghasilkan tweet palsu yang bertulis, "Saya dah tukar emel saya. Saya dah tukar kata laluan. Tapi malangnya saya tak boleh tukar status kerjaya saya." Selain itu beberapa tweet palsu lain turut dikeluarkan, termasuk pengakuan homoseksual dan kenyataan maaf kepada 50 Cent.

Lil Wayne
Lil Wayne memang biasa mengutuk penyanyi rap lain dalam Twitter-nya, jadi tiada siapa yang syak bahawa dia telah menjadi mangsa godam apabila dia mengutuk Soulja Boy dalam Twitter-nya dan menulis, "Saya dah hantar sumbangan di Paypal awak. Periksalah. Saya dengar album awak cuma terjual 13,000 unit. Kasihan #DamnSoulja".

P. Diddy
P. Diddy memang suka menunjukkan produk kegemarannya, tetapi apabila dia mula mengiklan jenama telefon bimbit, para pengikut Twitter-nya mula rasa curiga. Isi tweet palsu yang kononnya dari P. Diddy itu meminta para peminatnya untuk membeli telefon Verizon dari Tribeca. Mujur dia perasan, dan segera membetulkan keadaan.

Willow Smith Whips kutuk Chris Brown
Anak gadis Will dan Jada Pinkett Smith ini diajar menggunakan bahasa yang baik, jadi tiada siapa yang percaya apabila ada tweet dari akaunnya yang mengutuk Chris Brown dan menulis "Jadi Chris Brown masuk penjara sebab pecahkan tingkap di ABD tapi tak pula dipenjarakan atas sebab mencederakan Rihanna? #karma". Tweet itu segera dihapuskan oleh pihak pengurusannya, Roc Nation.

Miley Cyrus
Miley Cyrus punya ramai peminat, tetapi dia juga mempunyai ramai pembenci. Jadi tidak hairanlah apabila penggodamnya menulis tweet palsu mengatakan dia benci kanak-kanak, sukakan duit, dan "Demi Lovato sambung rambut". Tapi dengan kesalahan ejaan dan perkataan yang ditaip dengan caps lock, jelas sekali ia bukan perbuatan orang dewasa.

Selena Gomez
Beberapa hari selepas Justin Bieber dan Selena Gomez mengakui hubungan mereka, para peminat Bieber mula menyerang Selena dengan beberapa ugutan. Namun begitu, hanya seorang penggodam bernama Pkinj0r-aka-Prokill berjaya mencerobohi akaun penyanyi tersebut dan membalas semua kata kejian para peminat Bieber.

Justin Bieber
Justin Bieber mungkin antara penyanyi yang memiliki peminat paling ramai, dan juga pembenci yang sama jumlahnya. Jadi dia seringkali menjadi musuh utama penggodam Twitter, contohnya, apabila seorang penggodam menceroboh akaunnya dan mengutuk hakikat bahawa penyanyi tersebut memiliki 19 juta pengikut Twitter. Dia menulis, "19 juta konon. #biebermyballs". Hashtag tersebut kemudiannya menjadi topik trending.

Namun begitu, Bieber bukanlah artis yang sentiasa menjadi mangsa. Apabila seorang pemuda bernama Kevin Kristopik menggodam akaun kawan lama Justin, Ryan untuk mendapatkan nombor telefon penyanyi itu, Bieber membalas dendam. Dia sendiri mendapatkan nombor Kevin dan menerbitkan nombor tersebut, "Hubungi saya 248-XXX-XXXX :) atau teks" kepada semua pengikut Twitter-nya, menyebabkan Kevin dibanjiri panggilan dan teks yang tidak berkesudahan.

Ramlah Ram
Ramlah Ram membuat laporan polis apabila seorang penggodam menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter-nya, dan menyatakan hasratnya untuk memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube dan mendedahkan foto-foto peribadinya. Anehnya, alasan penggodam itu mudah – dia tidak suka sebarang promosi berkaitan Ramlah, dan dia menghantar mesej itu dari luar negara!

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon