Monday, March 18, 2013

Kepala Mangsa Bunuh Disimpan Didalam Peti Sejuk


Kepala sepasang suami isteri ditemui dalam sebuah peti sejuk dipenuhi darah di sebuah apartmen di Tai Kok Tsui, lapor media tempatan semalam.


Polis Hong Kong berkata, anak pasangan terbabit ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, polis berkata, pihak berkuasa menemui “sebahagian mayat manusia” di apartmen terletak di pinggir bandar raya Hong Kong.

“Polis percaya mangsa adalah sepasang suami isteri warga emas, masing-masing berusia 64 dan 63 tahun,” kata kenyataan itu. Pasangan terbabit, kata polis, dikesan hilang sejak 9 Mac lalu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, mangsa dikenali sebagai Chau Wing-ki dan isterinya, Siu Yuet-yee.

Sumber berkata, selain kepala mangsa ditemui dalam peti sejuk, tangan dan kaki mereka turut ditemui di premis berkenaan.

Bagaimanapun, badan mereka masih belum ditemui.

Kata sumber, polis menemui gergaji, pisau dan alas pemotong daging di rumah berkenaan.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon