Friday, March 29, 2013

Kehebatan Kisah Penyiasat Fiksyen Sherlock Holmes


Info Unik Dunia. Sherlock Holmes adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan pemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887.

Sherlock Holmes seperti yang dibayangkan oleh artis berpengaruh, 
Sidney Edward Paget, dalam majalah The Strand.

Dia telah dicipta oleh pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintar untuk menyelesaikan kes. Dia mungkin merupakan penyasat fiksional paling terkenal, dan sememangnya merupakan antara watak sastera yang paling dikenali secara universal.

Conan Doyle telah menulis empat novel dan limapuluh enam cerita pendek mengenai beliau. Hampir kesemuanya telah diceritakan oleh rakan dan penyusun biografi Homles, Doktor John H. Watson dengan pengecualian dua yang dicerita oleh Holmes sendiri dan dua lagi oleh seorang ketiga.

Cerita-cerita ini mula muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan sehingga 40 tahun. Bentuk terbitan ini merupakan kebiasaan di England pada masa itu: Karya-karya Charles Dickens diterbitkan melalui cara yang sama.

Cerita-cerita ini merangkumi garisan masa dari tahun 1878 sehingga 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914.

Lebih ramai pelakon melakoni watak Sherlock Holmes daripada mana-mana watak fiksional lain dan menjelang 1964, mengikut suatu laporan akhbar The Times, larisan cerita-cerita Sherlock Holmes hanya diatasi kitab Bible.

Sherlock Holmes menggelarkan dirinya sebagai "penyiasat rundingan", satu pakar yang dibawa campur tangan dalam kes-kes yang terbukti terlalu sukar untuk penyiasat (biasanya berstatus rasmi) yang lain. Dia boleh menyelesaikan suatu masalah tanpa meninggalkan rumah sekalipun.

Secara semulajadinya aspek ini diminimakan dalam cerita-cerita sendiri, yang lebih berfokuskan kepada kes-kes lebih menarik yang memerlukannya melakukan kerja penyelidikan.

Dia mengkhusus kepada penyelesaikan kes-kes aneh dan tidak biasa menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logikal, serta sering menunjukkan kebolehan-kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan-kesimpulan langsung mengenai personaliti-personaliti dan aktivi terbaru mereka.

Strategi pemasaran mudah ini sangat jarang tidak menimbulkan kesan dan membina keyakinan dalam perkhidmatannya.

Sir Arthur Conan Doyle menkreditkan konsepsi Holmes pada gurunya di fakulti perubatan Universiti Edinburgh, iaitu pembedah dan detektif forensik terkenal, Joseph Bell. (Sains forensik merupakan bidang yang masih baru pada ketika itu.)

Tetapi beberapa tahun kemudian Bell menulis kepada Conan Doyle, "Anda sendirilah Sherlock Holmes dan anda sendiri mengetahuinya" (Baring-Gould, ms. 8). Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang dikagumi Conan Doyle, dan seorang pemain kriket Inggeris bernama Sherlock — tetapi sesetengah nota awalnya memberikan namanya sebagai Sherrinford Holmes.

Secara sejarahnya, Holmes tinggal dari tahun 1881 di 221B Baker Street, London, sebuah apartmen di tingkat atas (dalam nota-nota awal ia diterangkan sebagai berlokasi di Atasan Baker Street), dimana dia menghabiskan banyak tahun-tahun profesionalnya dengan kawan baiknya, Doktor Watson, dimana dia berkongsi bilik bersamanya buat beberapa tahun sebelum perkahwinan Watson pada tahun 1890. Kediamannya dikekalkan oleh tuan rumahnya, Mrs Hudson.

Dalam kebanyakan ceritanya, Holmes ditemani oleh Watson yang bersifat praktikal, yang bukan sahaja merupakan rakan tetapi perekodnya ("Boswellnya").

Kebanyakan cerita ditulis dalam gaya penceritaan, oleh Watson, mengenai penyelesaian penyiasat Holmes kepada jenayah-jenayah benar.

Dalam sesetengah cerita-cerita kemudian, Holmes mengkritik Watson mengenai gaya penulisannya, biasanya disebabkan dia menceritakan mereka sebagai cerita-cerita menarik dan bukannya sebagai laporan objektif dan terperinci berfokuskan apa yang difikirkan Holmes sebagai "sains" tulen penyiasatan.

Holmes juga mempunyai seorang abang, Mycroft Holmes, yang muncul dalam tiga cerita: "The Greek Interpreter", "The Final Problem", dan "The Bruce-Partington Plans". Dia juga disebutkan dalam sesetengah cerita lain, termasuk "The Empty House".

Dalam tiga cerita, termasuk The Sign of Four dia dibantu oleh sekumpulan kanak-kanak jalanan yang dipanggilnya the Baker Street Irregulars.

-Wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon