Saturday, March 02, 2013

Isu Lahad Datu - MNLF Beri Amaran Perang Saudara Di Sabah!


Insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh bersenjata Filipina di Lahad Datu semalam berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya perang dingin, kata pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).


“Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana ada ribuan etnik Bangsamoro yang menetap di Sabah, kata Ketua Politik Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Haji Gapul Hajirul di petik Philippine Star semalam.

Haji Gapul bagaimanapun berkata hanya Pengerusi MNLF yang “layak membuat keputusan berhubung perkara itu”, dan menambah pergerakan pembebasan Islam itu akan menuruti keputusan pemimpin mereka.

Dipetik laporan Portal Philippine Star, 8,500 rakyat Filipina yang menetap di Sabah juga akan merasa simpati dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Sementara itu, kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu turut mendakwa ketegangan di Sabah masih berterusan.

Jurucakap penceroboh itu, Abraham Idjirani turut mendakwa pertempuran antara tentera penceroboh dan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu semalam sebagai “bencana”.

“Tidak ... ketegangan masih belum tamat, kecuali ada persefahaman yang konkrit dapat dicapai ketiga-tiga parti,” katanya dipetik portal Filipina The Philippine Daily Inquirer semalam, merujuk kepada kerajaan kedua-dua negara, Malaysia dan Filipina termasuk Sultan Sulu.

“Pendirian kami tidak berubah, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram akan kekal di kawasan itu untuk mendisiplinkan (pengikut kami). Tapi jika Malaysia menyerang, kami akan lakukan perkara sama,” kata Idjirani.

[Sumber]

5 comments

  1. mnlf jgn masuk campur klau dia orang masuk takut nanti macam midanau harap selesai kan dgn secepat nya jgn ada pertumpahan darah lagi dicubit paha kiri paha kanan terasa sakit

    ReplyDelete
  2. Malaysia sebuah negara merdeka kita harus tegas dalam soal keselamatan dan daulat negara. Sama ada MNLF atau kerajaan Filipina jika mereka menceroboh kedaulatan negara maka kita harus membalas dengan serangan ketenteraan. Kalau kerajaan Filipina bolehlah MNLF buat lagak tapi di Malaysia lebih baik dia orang balik, kerajaan sulu dan kesultanan sulu memang dah tak wujud dan yang mewujudkannya semua dari orang yang bodah dan tamakkan kuasa dan kekayaan.

    ReplyDelete
  3. MNLF..satu saja yang saya nampak pada mereka ini adalah tidak tahu berterima kasih..mungkin semua sudah tahu peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam isu mereka dengan kerajaan Filipina..patutlah bangsa mereka ditindas di tanah sana..inilah yang pepatah orang Melayu kata,"diberi betis,hendakkan paha".

    ReplyDelete
  4. Tu tandanya isu bangsamoro x setel. media yg tambah perisa

    ReplyDelete
  5. patut mereka salahkan nenek moyang mereka kerana jual sabah pada inggeris...ni semua kerja orang yg kecewa...misuari/mnlf kecewa kerana tak dapat apa2 hasil dari autonomi mindanao..yg dapat milf...yg di sini...kecewa tak dapat jadi pm..dia rasakan jawatan pm tu hak dia bukannya najib..sebab dia timbalan pm belum ni...kedua2nya sama le tu..dok ungkit kisah lama....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon