Saturday, March 02, 2013

Isu Lahad Datu - Kenapa Kita Kerah Polis Dan Bukannya Tentera?


Kenapa Malaysia mengarahkan PDRM bukannya tentera?
  • Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
  • Ini bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang terhadap Malaysia.
  • Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Konvensyen Geneva dan beberapa protokol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:
  • Kita masih menganggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan tentera yang berperang.
  • Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataan untuk polis ialah menahan bukan menawan. Menawan ialah perkataan tentera dan ada perbezaan di antara keduanya).
  • Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang, cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat keatas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
  • Boleh di ektradisi dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita mengistiharkan perang, maka sukar bagi kita untuk menjalankan perbicaraan dan dimana kita akan menempatkan mereka dan diklasifikasikan sebagai apa mereka ini? Maka akan terjadi macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita mungkin terpaksa membina lokasi seperti Guantonamo Bay. Dan keadaan seperti itu akan menyusahkan kita.

Dan sebab itulah kita mengambil langkah Polis masuk dahulu. Jika tentera mengambil alih maka akan menjadi kes lain pula.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Ianya seperti darurat sewaktu ribut banjir New Orleans dahulu, tentera USA yang mengambil alih bukan lagi polis tempatan).

Dalam keadaan ini bukan pula bermakna bukan satu negara diistiharkan darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hati dan telitinya kerajaan dalam hal ini, menurut langkah satu demi satu.

Ingat kes Al-Ma'unah dahulu? Mula-mula polis, kemudian tentera mengambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Al-Ma'unah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai Tawanan Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sedikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tidak ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat Wallnya sering dicerobohi oleh bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi. (Tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izin-Nya bocor juga).

INFO: Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas (UTK), attachment b-very able trooper 69 (VAT69) dibawah pasukan gerakan khas (PGK). UTK lebih menyerupai polis SWAT, manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai tiger platoon dari 2 Bn PGA. Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari Tentera darat. PASKAL pula dari TLDM. PASKAU dari TUDM. Ia tertakluk dalam majlis keselamatan negara (MKN) arahan NO. 18.

Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

[Sumber]

Edited by SP

4 comments

  1. hakikatnya sekarang sabah mmg byk pti dr negara jiran phillipine, so tak "heran" isu bolos, persoalan sejauh mana kawalan kerajaan msia untuk sabah? kalau penulis kata kat mana2 negara pon ada bolos, yg sabah tu sampai nak dekat 1 juta bolos, masuk akal ka? tanya memana org sabah diorang suka ka ngan pti2 a.k.a pilak ni?(ada yg kata mereka satu rumpun so tak kesah) bukan nak kata tentera/polis tak buat kerja tapi efficient ke tidak?

    ReplyDelete
  2. Bukan mudah untuk mengawal sempadan mana2 negara didunia. Sebab itulah kita perlukan kestabilan dinegara2 jiran untuk mengurangkan kebanjiran PTI.

    ReplyDelete
  3. Aku suka pencerahan yg di samapikan Admin tidak melibatkan mane parti Politik, yg ni aku sebagai pembangkang aku hormat.

    Cuma boleh dipersoalkan lg, apa peranan Kerajaan selama 57 tahun merdeka, tapi dalam Isu pendatang asing masih sama?
    1)Tindakkan tangkap dan hantar balik merupakan tindakan lapuk yg merugikan kerajaan, mungkin kita boleh cari Initiative lain.
    Mungkin kerajaan perlu mengeluarkan dana utk membuat tembok setiap sempadan, daripada mengeluarkan dana utk penghantaran balik PATI.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pendatang tanpa izin adalah masalah besar yang dihadapi oleh mana-mana kerajaan dan parti yang memerintah di dunia. Masalah ini lebih sukar 'dirawat' berbanding virus HIV..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon