Saturday, March 02, 2013

Isu Lahad Datu - Apa Sebenarnya Punca Disebalik Pencerobohan?


Ketika ini isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa sebagai askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah menjadi tumpuan ramai. Siapa sangka, ketika kita tenang menikmati nikmat keamanan, satu kes pencerobohan pihak asing yang bersenjata tercetus. Dan yang menyedihkan turut mengorbankan anggota keselamatan Malaysia.

Apa sebenarnya punca disebalik pencerobohan itu?

Berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, perkara yang dituntut oleh kumpulan berkenaan:
  • Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
  • Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

Namun, bagi generasi baru tentu akan tertanya-tanya apa kaitan keturunan Kesultanan Sulu yang datang dari Selatan Filipina dengan negeri Sabah. Sebenarnya ada sejarah dan beberapa siri perjanjian sejak sebelum kedatangan pengaruh British lagi.


Tahun 1878 - Perjanjian Baron Gustavus Von Overbeck dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Von Overback ialah Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong membuat perjanjian

Menerusi perjanjian itu Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck.
Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico. Ketika itu nilai $5,000 = nilai emas.


Tahun yang sama, Syarikat Overbeck alami masalah kewangan teruk - mohon bantuan kewangan daripada jutawan British pada masa itu Alfred Dent.

Alfred Dent bantu dengan bersyarat - hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah.

Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck ( berbangsa Austria) serahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan - bermulalah pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

Tahun 1888 - Satu Perjanjian ditandantangani antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei dengan Kerajaan Mahkota British - untuk menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British.

Intipati perjanjian:
  • Tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing.
  • Sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

Perang Dunia Ke-2 - Jepun mulai luaskan kuasanya ke Asia Tenggara, termasuk Sabah yang turut mengalami kemusnahan yang teruk - Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu.

15 Julai 1946 - Sabah secara rasminya diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.

31 Ogos 1963 - Sabah merdeka dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.

Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon