Thursday, March 14, 2013

Hetty Sarlene Kutuk Penyebar Gambar Ghairah Bersama Kekasih


Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29, memaafkan individu yang menyebarkan foto 'aksi berani'nya dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.

Gambar ghairah dua kekasih yang belum berkahwin, Hetty Sarlene dan kekasih.

Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma.

"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.

(Baca: Gambar Peluk-peluk Hetty Sarlene Dengan Kekasih)

Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu.

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna?

"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.

Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu.

"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar.

-UTUSAN

*Bergambar ghairah dengan bukan muhrim, upload ke internet dan kemudiannya tersebar! Agak-agak pembaca, siapa yang bersalah?

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon