Friday, March 08, 2013

Helikopter Terbesar Dunia Yang Mampu Mengangkat Pesawat Komersial


Helikopter adalah salah satu kenderaan udara yang digunakan selain daripada kapal terbang, jet dan beberapa kenderaan udara lain. Helikopter lebih kompleks berbanding pesawat kepak kaku, dan mempunyai kos pengendalian dan kos operasi yang lebih tinggi.


Helikopter juga mempunyai kelajuan yang rendah berbanding pesawat kepak kaku serta mempunyai jarak penerbangan yang lebih dekat. Daya angkatan helikopter juga terhad. Tetapi helikopter boleh dikendalikan untuk melakukan pergerakan yang tidak mungkin dibuat oleh pesawat kepak kaku , seperti terbang terkatung-katung di atas sesuatu tempat, terbang ke arah belakang dan berlepas serta mendarat secara menegak.

Mi-26 ialah merupakan sebuah helikopter pengangkutan pelbagai guna Soviet dan penerbangan buat pertama kalinya telah di lakukan pada 14 Disember 1977.


Pengeluaran secara besar-besaran telah di lakukan di kilangnya di Rostov. Sebanyak 310 buah helikopter ini telah di keluarkan dalam setahun. Helikopter Mi-26 ini merupakan helikopter yang di gunakan untuk mengangkut peralatan ketenteraan dan persenjataan , makanan, dan di gunakan juga dalam misi keamanan.

Helikopter ini ialah helikopter pertama Soviet generasi ketiga dan dalam akhir tahun 60-70 an banyak syarikat-syarikat asing cuba untuk menghasilkan helikopter yang lebih maju dan inovatif tetapi Mi-26 masih dalam kelasnya yang tersendiri dari sudut kegunaan domestik dan luar dengan tambahan ruang kargo yang besar.


Pada tahun 1974, pengubahsuaian telah di lakukan dan hampir keseluruhan sitem kuasa terletak di bahagian kargo. Di bahagian fuselage tersedianya ruang untuk jurupandu di sebelah kiri dan kanan, navigator, dua orang mekanik dan empat ruang lagi untuk penyelaras kargo.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon