Friday, March 29, 2013

Gempar! 50 Warga Nigeria Istihar Perang Terhadap Polis!


Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.


Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.


Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya.

-Hmetro

1 comment

  1. Kebelakangan ini ,ramai daripada 3,000,000 warga asing yang berada di atas bumi Malaysia,atas ehsan dan baik hati Kerjaaan dan rakyat Malaysia, amat bersatu hati bila nak lawan towkay nya Negara Malaysia, secara kasar,
    halus,stratejik,jenayah, penipuan,perkosaan ,penyeludupan dan apa saja
    asal kan mereka munafaatkan mereka kesemua kemudahan yang mereka dapati ujud hanya di Bumi malaysia. semua sapu.

    Mengapkah akhir nya Najib akui ,kita leka lena dan lupa, dengan menyeru "wake Up "! kapada rakyat Malaysia yang sememangnya memberi perlindungan
    kapada 3,000,000 warga asing.

    1,000,000 lagi yang tidak dapat di kesan.

    25,000,000 rakyat jati Malaysia sanggup kongsi hidup dengan
    warga asing yang ambil kesempatan subsidi 60RM billion setahun.

    Dari itu 23RM billion subsidi setahun untuk bahan api, dan lain lain termasuk gula minyak masak tepung beras.

    Jangan cakap, kemudahan kesihatan percuma dan pendidiikan
    percuma. Ali baba lesen dah jadi budaya .

    Kerajaan najib, jenis apa ni yang mengkayakan warga asing pati expatriate ?
    Ramai betul warga asing termasuk expatriate dan malaysia my second home hidup amat mewah ?

    Hasil dasar 1M, najib dan ng yen yen Malsyia Truly asia dan Tony Air Asia ?

    Cetus nya serangan sulu , ujud ESSCOM.

    kerajaan. akan belanja berbillion lagi untuk melindungi
    889,000 orang keturunan filipina dan Indonesia di Sabah.
    Kerajaan najib jenis apa ni ?
    Cukup lah dengan karenah warga asing .
    Cukup lah dengan karenah warga asing .

    Cukup lah dengan karenah warga asing.
    Maruah dan kekayaan negara di serah kapada warga asing.
    Tanah harta tanah negara di serah kapada warga asing.
    Johor di serah kapada warga asing.
    Ada kah Sabah syndrom yang lalai lupa leka sudah di beri suntikkan negro syndrom juga ?
    Tiada negara lain di dunia ,yang amat hard up,tagih, sembah ,alu ,kapada warga asing,saperti malaysia. Semua negara ,amat cemburu akan warga asing , di lapangan terbang dan pintu masuk mereka.

    Malaysia juga yang sediakan permaidani merah dan bungga mangar.

    Apa sangat ,yang kita hajati warga asing ?

    .

    cukup lah karenah warga asing
    najib sudah lah, cukup lah dengan kegiatan lacuran maruah kapada sino centrik singapore dan sino sentric Malaysia.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon