Tuesday, March 05, 2013

Eliana Neama Juara Ratu Gemuk Arab Pertama


Eliana Neama, 21, dengan berat 110 kilogram, telah dinobatkan sebagai ‘Miss Big Arabian Beauty’ yang pertama di rantau Arab selepas berjaya menewaskan 10 peserta lain.


Tempat kedua dalam pertandingan ratu gemuk itu dimenangi oleh Zeina Hadhably dari Tunisia dan keempat ialah Dunia Kamana dari Lubnan.

Pertandingan berkenaan yang disiarkan oleh TV LBC Lubnan diadakan bertujuan memberikan keyakinan kepada wanita berbadan besar mengenai rupa paras mereka.

Pertandingan berkenaan sebelum ini pernah diadakan di Brazil, Perancis dan Britain.

Lubnan menjadi negara Arab pertama yang menganjurkannya melibatkan penyertaan daripada Magribi, Mesir , Tunisia dan Jordan.

Mereka yang mengambil bahagian berusia antara 21 hingga 42 tahun dengan berat antara 80 hingga 150 kilogram.

Semua peserta diadili berdasarkan penilaian yang ketat dengan 20 peratus undi dibuat berdasarkan kepada penampilan mereka ketika berpakaian kasual manakala 20 peratus lagi diadili berdasarkan pemakaian gaun malam.

Manakala selebihnya berdasarkan kepada penampilan serta kebijaksanaan mereka ketika menjadi soalan yang dikemukakan oleh barisan juri.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon