Saturday, March 16, 2013

Elfira Loy Belum Bersedia Berlakon Filem Indonesia


Pelakon muda Elfira Loy, 18, masih belum bersedia untuk melebarkan sayapnya untuk berlakon dengan syarikat produksi luar negara kerana perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pengajiannya.


Dia yang sedang menuntut di Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi berkata, pengalamannya dalam bidang seni juga masih baru yang turut menghalangnya ke negara jiran, Indonesia.

"Saya rasa belum sampai masa untuk saya keluar berlakon di negara orang, bagi saya banyak lagi yang perlu dipelajari di sini terutamanya bidang lakonan.

"Saya anggap, saya masih lagi hijau dan jika ke sana, saya perlu komitmen yang tinggi, lagi pula saya masih menuntut di kolej," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, jelas Elfira, dia senang berlakon bersama pelakon-pelakon lelaki dari negara tersebut yang dapat memberikan pengalaman baru buatnya.

"Cara mereka sangat berbeza dengan kita di sini, apa yang saya lihat mereka lebih bersedia sebelum masuk ke set penggambaran.

"Mereka mahu semua terancang dengan teliti, yang mana di sini kebiasaannya penyediaan skrip kadang kala di saat-saat akhir," katanya.

Elfira sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelakon kacak Randy Pangalila untuk drama Dalam Hati Ada Taman dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, manakala bersama Baim Wong untuk telefilem Untuk Terakhir Kali.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon