Wednesday, March 06, 2013

Cuneyt Cakir Kantoi Bantu Real Madrid Tewaskan Manchester United


Pertembungan dua gergasi bola sepak dunia akhirnya berakhir dengan kontroversi kad merah. Pengadil Bodoh dari Turki, Cuneyt Cakir memang mempunyai rekod buruk dengan kelab EPL. Sepanjang perlawanan Real Madrid jarang sekali mendapat ruang seperti di Bernabeu. Walaupun lebih banyak menguasai bola tapi pertahanan United masih mampu mengehad kemaraan mereka.


Tapi peminat 'Asal Bukan Man Utd' bersorak apabila mendengar berita kekalahan Manchester United. Biasanya penyokong ni bosan sebab pasukan United jarang kalah.

Perlawanan awal pagi tadi jelas memihak kepada United sehinggalah pengadil bodoh tersebut melayangkan kad merah kepada Nani.

Jose Mourinho juga mengakui, United bermain lebih baik dari Real Madrid. Tapi dalam bola sepak kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku dalam sesuatu perlawanan.



Jika Cuneyt Cakir memiliki sedikit saja otak (akal memang takde) kad merah tak sepatutnya dilayangkan. Jika dilihat ulang tayang, Nani berada dihadapan untuk mendapatkan bola sebelum Arbeloa berlari ke arah yang sama dan melanggar Nani.. Jika difikir secara logik, itu hanyalah pertembungan kerana merebut bola tinggi ketika Manchester United sedang mendahului 1-0.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon