Wednesday, March 06, 2013

Bekas Hamba Seks Korea Berang Digelar Pelacur Tua


Sekumpulan wanita bekas hamba seks Korea Selatan ketika era perang Jepun memfailkan saman fitnah terhadap kumpulan rock Jepun selepas menggelar mereka sebagai pelacur tua di Gwangju, selatan Seoul.

Kumpulan wanita bekas hamba seks Jepun memfailkan 
saman di Gwangju, Selatan Seoul, Korea Selatan.

Jurucakap kumpulan itu berkata, tindakan kumpulan rock Scramble dianggap melampau dan menjatuhkan maruah mereka yang sekian lama telah tercalar.

“Lirik lagu dinyanyikan kumpulan itu menyebut kami digelar 'wanita penyedap' dan tidak mempunyai maruah,” katanya.

Menurutnya, terdapat lagu dan klip video disiarkan di laman YouTube bertajuk Slashing Koreans yang menggelar mereka sebagai ‘pelacur tua’.

“Selama ini kami mendesak Jepun untuk memohon maaf dan ganti rugi terhadap tindakan tentera mereka yang menganinya kami ketika pemerintahan rejim.

“Kami berasa sedih dan kecewa dengan tindakan kumpulan rock berkenaan. Sehingga kini permintaan kami tidak dilayan oleh kerajaan Jepun kini, masyarakat negara itu pula menghina kami, “ katanya.

Kumpulan rock terbabit didakwa tidak popular di Jepun dan hanya mempunyai kumpulan peminat tersendiri dari kalangan pro-kerajaan.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon