Tuesday, March 05, 2013

Anwar Dicabar Saman Media Filipina Dan Reuters


Anwar Ibrahim terus dicabar menyaman media Filipina iaitu Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto serta agensi berita antarabangsa, Reuters dan badan perisikan tentera Filipina yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.


Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ini kerana kesemua pihak tersebut melaporkan Ketua Pembangkang itu yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara tiga dalang di sebalik insiden pencerobohan berkenaan.

"Kita juga cabar Anwar menyaman Presiden Filipina, Benigno Aquino kerana mengesahkan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang atau tali barut dalam konspirasi serangan di Sabah. Antara tiga kumpulan ini, satu daripadanya adalah pihak dari Malaysia yang sanggup jadi tali barut untuk menghancurkan negara sendiri.

"Anwar perlu hentikan sandiwara saman untuk tutup mulut orang ramai. Beliau sepatutnya memakai rambut palsu jika tidak mahu badan perisikan Filipina mengecam beliau semasa pertemuan dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar semalam mengemukakan surat tuntutan terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad supaya antara lain menarik semula dakwaan tersebut dan memohon maaf yang perlu disiarkan di muka depan akhbar itu.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon