Friday, March 15, 2013

Angry Birds Akan Disiar Dalam Bentuk Siri Kartun


Permainan aplikasi Angry Birds yang menjadi kegilaan ramai bakal disiarkan dalam bentuk siri kartun, hujung minggu ini.

Peminat Angry Birds berpeluang menyaksikan kartun watak
 tiga burung terbabit, mulai hujung minggu ini.

Jurucakap syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular Revio berkata, pelancaran siri itu bertujuan memberikan hiburan kepada peminat dan pengikut setia permainan tersebut.

“Ia akan menampilkan pengembaraan burung yang pernah muncul dalam permainan sebelum ini.

"Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas permintaan, dan akan disiarkan di saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia, Cartoon Network di India, MTV3 Junior dan MTV3 di Finland,” katanya dalam laporan Reuters

Angry Birds telah meluaskan pengaruhnya melalui pengeluaran barangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan watak burung berwarna-warninya itu banyak dijual dan juga boleh didapati pada baju serta produk minuman.

Disember lalu, Eksekutif Hollywood, David Maisel dilantik sebagai penerbit eksekutif filem animasi 3D yang dijangka diterbitkan pada 2016.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon