Thursday, March 14, 2013

Anak Sanggup Jual Buah Pinggang Bantu Ayah Yang Sakit


Seorang pemuda Fahmi Rahardiansyah, 19, menawarkan buah pinggangnya dengan harga Rp50 juta (RM16,037) dalam usaha untuk membiayai kos perubatan bapanya.


“Saya terdesak. Untuk mengubati bapa yang sakit teruk,” katanya dalam tawaran itu yang diiklankannya di Internet.

Ketika dihubungi wartawan, pemuda berkenaan berkata, bapanya, Muhammad Dicky Ahmadi, 60, menghidap penyakit darah tinggi yang teruk dan semakin tenat.

“Saya mahukan dia sihat semula. Tetapi kos perubatan sungguh mahal,” katanya.

Menurutnya, pendapatan keluarganya tidak cukup untuk menampung kos berkenaan.

Pemuda itu yang menamatkan pengajian sekolah menengah di Bandung tahun lalu dan kini bekerja di sebuah kilang kain berkata: “Gaji saya hanya Rp1 juta sebulan. Pencen bapa pula Rp800,000. Tidak cukup untuk membiayai ubat bapa.” Sehingga ini dia masih belum menerima sebarang tawaran untuk membeli buah pinggangnya itu.

-Detik

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon