Friday, March 29, 2013

Amerika Hantar Pesawat B-2 Sedia Berperang Dengan Korea Utara


Sekutu kuat Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) menghantar dua pesawat pengebom B-2 ke negara itu dalam usaha meningkatkan ketegangan yang dicetuskan oleh Korea Utara sejak kelmarin.

Pesawat B-2 juga melakukan latihan menjatuhkan 
bom palsu di lokasi strategik di Korea Selatan.

Jurucakap tentera AS dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pesawat, itu diterbangkan dari pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri sejauh 21,000 kilometer.

“Kami juga membuat beberapa siri latihan udara seperti menjatuhkan bom palsu ke pelbagai sasaran di Korea Selatan yang digazet sebagai lokasi latihan,” katanya dalam laporan AFP

Korea Utara melakukan latihan serangan 
bagi menguji kecekapan senjata nuklear

Menurutnya, latihan ini menyaksikan keupayaan senjata nuklear AS dalam melakukan serangan jarak jauh, tepat dan cekap,” katanya.

Terdahulu, dua pesawat pengebom AS tiba di Korea Selatan untuk melakukan latihan ketenteraan, namun tindakan itu menimbulkan kemarahan Pyongyang kerana disifatkan sebagai provokasi ke arah serangan nuklear.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon