Saturday, February 02, 2013

Unik! Gambar Hidup Selebriti Yang Sebenarnya Hanyalah Lukisan


Mati hidup balik pun anda susah nak percaya bahawa ini sebenarnya hanyalah sebuah lukisan tangan dan bukannya seni visual mahupun gambar sebenar.


Denagn hanya menggunakan pensel dan arang, artis seni ini melukis potret selebriti terkenal yang kelihatan seperti gambar sebenar.

Kelvin Okafor, 27 tahun, hanya menggunakan arang hitam dan pensil grafit untuk melukis wajah Rihanna dan Puteri Diana yang kelihatan hidup.


Setiap gambar mengambil kira-kira 100 jam untuk disiapkan dan yang menariknya, Kelvin melukis berdasarkan ingatan ataupun memori setelah melihat dan mengkaji sesuatu gambar yang akan dihasilkannya.

Kerja seni unik yang telah dilakukan oleh Kelvin kebanyakannya telah memenangi anugerah dan dipamerkan di pameran di galeri-galeri besar.

Kelvin Okafor

Tapi jangan terkejut, setiap orang yang ingin memiliki hasil seni lukisan Kelvin harus membayar sebanyak £10,000 untuk setiap seni halus lukisan yang dihasilkannya.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon