Tuesday, February 05, 2013

Tidak Dibayar Gaji Punca Nazmi Tinggalkan Beira-Mar?


Ramai yang sudah tahu bahawa wonderkid Malaysia iaitu pemain bola sepak Nazmi Faiz sudah pulang ke Malaysia dan ramai juga tidak tahu apakah punca utama beliau pulang ke tanah air dan bermain untuk pasukan PKNS.


Ramai juga orang kita membuat andaian sendiri mengenai punca Nazmi pulang ke Malaysia. Untuk pengatahuan semua, Nazmi Faiz telah menandatangani kontrak bersama pasuka Liga Utama Portugal Beira-Mar dan beliau hanya bermain untuk pasukan remaja untuk pasukan tersebut.

Disebabkan itu, ramai peminat bola sepak kecewa dengan tindakan Nazmi Faiz kerana keputusan yang di ambil oleh beliau merupakan langkah ke belakang.

Namun, sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan faktor sebenar mengapa permata muda bola sepak negara itu, mengambil keputusan untuk pulang dan menerima lamaran PKNS Selangor.S-C Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan dan ia mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro yang turut melanda Portugal selain Greece.

"Tiada siapa yang tahu, Nazmi hanya menerima 500 euro untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan keadaan itu amat menyulitkannya," kata sumber itu.

Nazmi juga dikatakan terpaksa keluar dari kediamannya dan menumpang di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mempunyai wang untuk membayar sewa. Difahamkan bapa Nazmi, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM mengenai kemungkinan membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A kendalian Kim Swee tidak lama sebelum ini.

Bagaimanapun, FAM dikatakan sukar membayar yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan sekitar 50,000 euro dan ia mendorong Mansor, untuk berbincang dengan PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

[Sumber]

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon