Thursday, February 07, 2013

Tandas Mewah Dua Tingkat Bernilai Satu Juta!


Percayakah anda bahawa bangunan yang menyerupai istana ini sebenarnya sebuah tandas awam yang dibina untuk kegunaan ramai dengan kos sebanyak 1 juta.


Tandas dua tingkat di Hubei, China ini dikatakan dibina dengan kos lebih daripada 1 juta Yuan (Rm 485,000), walaupun nilai rasmi dari Pejabat Chengguan menyatakan angka sebenar lebih kurang 800,000 Yuan.

Pegawai pengurusan bandar tetap mempertahankan projek itu dengan mengatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih besar untuk mencantikkan kawasan di seluruh Wuhan, China.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku di Wuhan. Pada tahun 2008, tandas kaca dan keluli di salah satu daripada taman awam di bandar ini didakwa berharga 2 juta yuan dan dikritik sebagai satu pembaziran dana kerajaan.


Nilai 2 juta Yuan (RM970,000) dikatakan mampu untuk membina dua (2) buah sekolah rendah yang baru ataupun membantu sebanyak 100 buah rumah orang miskin dengan pakaian serta makanan yang mencukupi ujar beberapa orang yang tidak berpuas hati diatas pembaziran tersebut.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon