Monday, February 18, 2013

Tahukah Anda Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok!


Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu. Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Bahaya Shisha

Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat membahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kakitangan kesihatan dan juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.

1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO).

2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO).

3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit (WHO).

4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.

5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. sesungguh nya; rokok , shisha, dn seangkatan dengannya memang tak baik untuk kesihatan hahaha. cuma taktahu nak buat macammana supaya penggunanya sedar. mungkin kalau lepas sedut terus mati, viral. lepastu auto semua orang pun stop sedut.

    selagi yang sedut masih hidup, selagi itulah yang lain kekal sedut terus. walaupun kesannya ialah tahun - tahun kedepannya. tetap juga penggunanya yang masih hidup akan kata "dah memang ajal dia" (mungkin sebab bukan satu sedut terus mati kot noh) masih sempat hidup.

    jadi sedut lah sepuasnya HAHHAH

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon