Saturday, February 16, 2013

Selena Gomez Temui Pengganti Justin Bieber


Selepas putus cinta dengan bintang remaja terkenal, Justin Bieber, Selena Gomez dikhabarkan sudah menemui pengganti kepada bekas buah hatinya itu.


Baru-baru ini, Selena, 20, sering dilihat bersama seorang jejaka bernama Alfredo Flores yang dikatakan bertugas sebagai seorang pengarah video muzik.

Menurut sumber kepada akhbar Daily Mail, tugas Alfredo sepanjang berada dengan Selena adalah menghantar dan menjemput bekas bintang Disney itu ke acara Warner Music Group/In Style 2013.

“Kedua-dua Selena dan Alfredo bukan kali pertama muncul bersama dalam khalayak ramai kerana mereka juga pernah dilihat bersama ketika majlis sambutan ulang tahun seorang lagi bekas bintang Disney, Ashley Tisdale di Malibu, California baru-baru ini,” tambah sumber tersebut.

Selena menjalinkan hubungan dengan Justin,19, pada awal 2011, namun hubungan mereka tidak kesampaian dan putus pada Januari tahun ini.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon