Wednesday, February 27, 2013

Satu Keluarga Memiliki Rambut Rapunzel


Info Unik Dunia. Keluarga Rapunzel. Seorang ibu bukan sahaja memiliki rambut panjang melebihi 6 kaki malah tiga anak gadisnya juga mewarisi dna yang sama dan rambut mereka hampir mencecah lantai.


Menurut Terelynn Russel, yang menetap di Chicago bersama suami dan anak-anaknya itu, memiliki rambut panjang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi daripada tuan punya badan.

Bukan itu sahaja, suami dan anak lelakinya juga perlu bersabar dengan keadaan tersebut.

Terelynn bagaimanapun mengakui pernah memijak rambutnya sendiri ketika sedang menukar lampin anak bongsunya.

Namun Terelynn menetapkan beberapa syarat penting kepada anak-anak perempuannya.

“Mereka mesti memastikan rambut mereka tidak luruh di kawasan dapur terutama di bahagian alat memasak,’’ katanya.

Selain itu, terdapat beberapa peraturan lain melibatkan kebersihan di rumah tersebut selain penggunaan jumlah syampu dan perapi rambut.

Ujarnya, selepas membersihkan rambutnya, dia akan membiarkan rambutnya itu kering dengan sendiri selama sejam.

“Kebanyakan duit yang saya jimat dihabiskan untuk membeli klip dan perapi rambut,” katanya.

Tahun lepas, Terelynn dan anak perempuannya telah menyumbangkan sebahagian daripada rambut mereka kepada organisasi Lock of Love.

Namun rambut mereka tidak pernah dipotong melebihi 20 inci.

“Kali terakhir saya berambut pendek ialah ketika berusia empat tahun dan itu pun pada paras pinggang.

“Pada saya, rambut pendek ialah bermakna berada pada paras pinggang,’’ katanya.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon