Saturday, February 16, 2013

Rozita Che Wan Bakal Sertai MasterChef Selebriti 2?


Tidak tahu lah sama ada perkhabaran ini adalah benar atau tidak. Ini kerana menurut portal hiburan Murai, terdengar ura-ura bahawa artis yang baru dikurniakan pangkat Datuk, Aznil Nawawi dan kekasih kepada Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan bakal menyertai pertandingan realiti masakan terbitan Astro Ria.

MasterChef Selebriti 2

Sebelum ini, Zain sudah mendedahkan bahawa dia bakal terlibat dengan rancangan itu biarpun belum ada sebarang perkhabaran rasmi mengenai perkara itu.

Wah nampaknya makin ramai artis popular yang berminat untuk menyertai MasterChef Selebriti 2!

Kita tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat pihak Astro tidak berapa lama lagi.

Mungkin kejayaan MasterChef Selebriti 1 sebelum ini menjadi faktor penglibatan mereka dalam program ini.

Musim lalu, rancangan itu dimenangi oleh Dr Fazley dan tempat kedua diraih oleh Angah Raja Lawak.

Antara artis yang terlibat pada musim lalu ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Tomok, Raja Azmi, Azwan Ali dan Jehan Miskin.

BACA INI JUGA: UNIK! Tempah Sekarang, Makan 5 Tahun Kemudian!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon