Tuesday, February 19, 2013

Posmen Buang 30,000 Surat Masuk Penjara


Seorang posmen dipenjara selepas didapati bersalah memusnahkan hampir 30,000 surat yang sepatutnya diserahkan.


Bapa kepada dua anak, Jabur Hissan didakwa menanam lebih 29,000 surat di taman rumahnya.

Tertuduh juga didakwa membakar 400 surat lain serta membuang hampir 200 surat di sungai. Di mahkamah, Jabur berkata, dia menyangka dia cuma membuang surat yang tidak penting.

Sebaliknya, Jabur, 32, turut memusnahkan pelbagai dokumen yang diperlukan orang ramai, termasuk bil dan surat-menyurat. Sesetengah surat itu boleh diserahkan Jabur ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Birmingham, England.

Hakim mengarahkan Jabur dipenjara lapan bulan kerana “mencipta risiko yang merosakkan.”

-DM

2 comments

  1. Ingatkan kat Malaysia jer... Kat England pun perangai yang sama...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum....alah sudah... ingat kat negara kita aje posmen bermasalah..rupanyer kat mana2 pun sama jugak...hehehe

    mselim3

    pls: sayangi pekerjaan kita...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon