Sunday, February 03, 2013

Penerima Anugerah Mesti Dihormati - Datuk Aznil


Seseorang yang menerima sebarang kurniaan daripada kerajaan mesti dihormati dan setiap individu wajar memanggil mereka berdasarkan kepada gelaran yang diterima.


Datuk Aznil Nawawi, 51, berkata, sesetengah pihak mungkin memandang remeh terhadap sesuatu gelaran tetapi sebagai individu, kita haruslah menanam sikap untuk menghormati setiap darjah kebesaran yang dikurniakan.

"Kita perlu hormat dengan gelaran yang diberikan dan tidak wajar memperlekehkannya.

"Sesuatu darjah itu adalah pengiktirafan yang tinggi dan tidak wajar sekiranya ada yang tidak menghormati penganugerahan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat lalu.

Aznil dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

Aznil menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota 
Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Tuanku Abdul Halim 
Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Ditanya adakah panggilan nama Pak Nil yang digunakan selama ini akan bertukar mengikut anugerah yang baru diberikan, pengacara itu berkata dia tidak kisah dengan nama apa yang mahu dipanggil kepadanya.

"Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut.

"Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Aznil menafikan khabar angin kononnya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

"Saya tak terfikir pun untuk mendirikan rumah tangga pada usia ini, tetapi tidak menolak jika ada jodoh.

"Bagaimanapun, jika ada yang mahukan saya, mereka mesti terima dengan kesibukan kerjaya saya sebagai seorang pengacara.

"Tambahan pula dengan gelaran yang dibawa memberikan tanggungjawab besar buat saya kepada masyarakat," ujarnya.

[Sumber]

1 comment

  1. setahu aku amat sukar memperoleh gelaran Datuk daripada kerajaan persekutuan berbanding gelaran serupa diperingkat negeri...terpaksa melalui beberapa peringkat tapisan dn benar2 individu itu seorang tokoh berjasa...tahniah Tok Nil...lepas ni tokoh selebriti yg layak bergelar Datuk oleh YDP Agong ialah Norman KRU...Insyallah!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon