Wednesday, February 06, 2013

Pendapatan Google USD$50 Bilion Pada Tahun 2012


Google Inc (Google) mencatat peningkatan keuntungan dan perolehan tahunan mencecah AS$50 bilion bagi tahun kewangan 2012 susulan sumbangan daripada penggunaan telefon pintar dan tablet.


“Kami menamatkan 2012 dengan perolehan suku yang kukuh. Kami juga mencatatkan pendapatan AS$50 bilion buat pertama kalinya tahun lalu, iaitu satu pencapaian yang memberangsangkan bagi tempoh separuh dekad,” kata Pengasas bersama yang juga Ketua Eksekutifnya, Larry Page.

Keuntungan suku keempat mencatatkan peningkatan 6.7 peratus atau AS$2.89 bilion berbanding tahun sebelumnya, manakala bagi tempoh sepanjang tahun ia berkembang 10 peratus kepada AS$10.74 bilion.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon