Pembaca Berita Awani Pandu Porshe Pemberian VIP? | Sentiasa Panas
Home » Dunia Hiburan » Pembaca Berita Awani Pandu Porshe Pemberian VIP?

Pembaca Berita Awani Pandu Porshe Pemberian VIP?

Nama Syakirin Hussnal, 24, mungkin agak jarang kedengaran tetapi jika anda menonton Buletin Awani, anda pasti ternampak wajahnya.


Syakirin merupakan personaliti baru Astro hasil didikan Datuk Aznil Haji Nawawi menerusi program On Air.

Menerusi Murai.com, Syakirin tergamam tatkala disoal mengenai kereta Porsche yang dipandunya ke majlis penghargaan media bersama wajah personaliti baru Astro di Hotel Hilton, KL Sentral, kelmarin.

Syakirin menjelaskan kereta berkenaan bukan miliknya tetapi milik kenalan lelaki yang masih lagi dirahsiakan identitinya.

“Ya, saya memang memandu kereta itu. Dia milik seseorang yang saya kenali. Dia seorang lelaki. Nombor Plat kereta tersebut dari Kelantan tapi saya rasa masih belum sedia untuk menjelaskan siapakah dia orangnya.

“Saya masih lagi single. Saya belum berkahwin atau pun bertunang. Terus-terang, saya tidak dibela golongan VIP atau pun Datuk. Sebaliknya, saya masih lagi dibawah jagaan mak dan ayah saya,” katanya.

Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, apabila tiba masa sesuai dia akan jelaskan segalanya.

Berkongsi cerita mengenai karier sebagai penyampai berita, Syakirin gembira baru saja dilantik sebagai jurucakap Youth Project dari NGO.

“Alhamdulillah, saya baru saja dilantik sebagai jurucakap untuk projek bernama Change Engineered. Saya dilantik sejak Januari 2013.

“Setakat ini saya masih belum buat apa-apa lagi untuk projek ini. Perbincangan baru saja dimulakan tetapi saya baru saja sah dilantik,” jelasnya.

[Sumber]

0 comments :

Apa komen anda?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

JUMLAH ARTIKEL: