Wednesday, February 13, 2013

Pelajar Marah Dilarang Meniru Tikam Guru


Seorang guru semalam ditikam hingga mati oleh seorang pelajar yang dihalang meniru ketika peperiksaan sehari sebelumnya.


Guru berkenaan, Mostafa Bhuiyan, 35, ditikam di dada di depan isteri dan beberapa pelajar di rumahnya.

Pelajar terbabit, Riyad, dikatakan mengetuk rumah guru itu dan meminta Mostafa keluar. Sebaik muncul di depan pintu, pelajar berkenaan menikam mangsa.

Riyad dikatakan bertindak demikian kerana dihalang meniru dalam peperiksaan matematik Sijil Sekolah Menengah sehari sebelum kejadian. Polis masih belum menahan suspek atau menemui pisau yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Pelajar berkenaan dan keluarganya melarikan diri dari kediaman mereka sebaik selepas kejadian itu.

Beberapa pelajar dan guru serta penduduk tempatan mengepung sebuah lebuh raya selama lima jam sebagai usaha menangkap Riyad, tetapi gagal.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon