Friday, February 15, 2013

Panas! Gambar Nabila Huda Berenang Di Pulau Mabul


Pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 29, yang sememangnya terkenal suka mengembara serta bercuti ke serata dunia kembali meneruskan aktiviti kegemarannya itu dengan bercuti di Pulau Mabul, Sabah.


Ibu kepada Keisha Laila itu sempat berkongsi gambar terbarunya yang sedang melakukan diving di laman Instagramnya.

Kali ini percutiannya turut ditemani rakan artis, Nita Hamzah yang turut berkongsi minat diving sepertinya.


Sebelum ini Nabila sudah meneroka tempat seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina dan Rom, Itali pada tahun lepas.

Pelakon yang ‘adventourous’ ini suka berkunjung ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang Asia untuk merasai sendiri kelainan serta budaya tempatan di negara yang dikunjunginya.

Baguslah begini, jauh berjalan luas pengalaman. Mana tahu daripada aktivitinya ini dia dapat bertemu cinta hati yang baru pula.

Tak gitu?

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon