Monday, February 18, 2013

Panas! Emma Maembong Putus Cinta


Pelakon kacukan Melayu-Scottish, Emma Maembong dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Adli, yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Emma Maembong

Sebelum ini, gambar-gambar mesra Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, bersama bekas kekasihnya itu pernah mencetuskan kontroversi sehingga perlakuannya itu dikritik oleh segelintir peminatnya.

Emma yang turut memiliki bakat besar dalam melukis berkata kepada Berita Harian, “yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni”.

Selain itu, Emma pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan sejak awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh.

Pelakon yang semakin meningkat naik ini turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular 2012 dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bersaing dengan Ainan Tasneem, Hanez Suraya, Nad Zainal dan Wawa Zainal.

baca ini juga: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Wajah

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon