Tuesday, February 19, 2013

Mampukah Harlem Shake Menyaingi Kehebatan Gangnam Style?


Inilah sensasi terbaru internet, HARLEM SHAKE yang dikatakan bakal menggantikan Gangnam Style! Harlem Shake telah mencipta fenomena internet apabila mula menjadi viral di Youtube pada awal Februari 2013 setelah seorang vlogger, Filthy Frank telah memuat naik satu video tarian yang lucu pada 30 Januari 2013.


Video Harlem Shake ini adalah video muzik yang pendek dengan tempoh lagu 30 saat sahaja. Lagu yang digunakan adalah lagu "Harlem Shake" oleh Deejay Baauer yang berpengkalan di New York. Pada 15 saat yang pertama, seorang penari akan menari lalok (atau cuma melompat di udara) sementara orang lain di dalam bilik akan berlakon seperti biasa tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, apabila muzik berhenti sebentar, maka semuanya akan bergoyang.

Kita tonton video original Harlem Shake yang mencetuskan fenomena ini.



Fenomena Harlem Shake ini tersebar berikutan ramai yang telah meniru dan memuatnaik video mereka ke Youtube. Dalam tempoh 9 hari pertama sahaja, lebih daripada 11, 000 versi cover telah dimuatnaik, dengan mengumpulkan lebih daripada 44 juta tontonan dengan purata 4,000 tontonan bagi setiap video.

Banyak video Harlem Shake yang terdapat di Youtube, mengandungi kandungan yang kurang sesuai untuk ditonton, kerana majoritinya ada menyelitkan unsur lucah. Jadi diharap penonton dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya!

Berikut adalah beberapa pasukan besbol universiti yang turut terpengaruh untuk menghasilkan video cover Harlem Shake.

SAINT LEO UNIVERSITY (BASEBALL)
NSFW WARNING


JAMES MADISON UNIVERSITY (BASEBALL)
NSFW WARNING


EMORY UNIVERSITY (BASEBALL)
NSFW WARNING


[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon