Thursday, February 21, 2013

Mahkamah Tolak Perceraian Jeslina Hashim?


Semalam di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim dan suami, Dion Andrew Vercoe.


Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu dan ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada dibawah jagaan suami.

Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa ditangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak dibenarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci.


Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim dan Dion Andrew.

Jeslina Hashim yang ditemui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.

-Rotikaya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon