Monday, February 11, 2013

Macamana Seorang Kanak-kanak Boleh Tertelan Chopstick?


Pakar-pakar perubatan di Shanghai mengeluarkan amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan kemalangan yang tidak diduga yang mungkin menimpa anak-anak mereka ketika kanak-kanak kini sedang bercuti sempena musim sejuk.


Ia susulan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tertelan chopstick.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bermain dengan rakan-rakannya. Walaupun chopstick itu berjaya dikeluarkan namun ia telah menyebabkan kecederaan serius kepada budak tersebut.

Organ dalamannya telah rosak dan mengalami jangkitan. Ketika dibawa ke hospital, lehernya sudah bengkak.

Budak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan melalui pembedahan dan dirawat di unit rawatan rapi.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon