Monday, February 04, 2013

Lim Kit Siang Cabar Anwar Beri Keterangan Dihadapan RCI


Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.


Beliau berkata, Anwar yang merupakan pemimpin PKR perlu berbuat demikian kerana rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Sabah mengkehendaki beliau berbuat demikian untuk mendapat kepastian berhubung dakwaan Projek IC iaitu memberi kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah.

“Apa yang rakyat Malaysia dan rakyat Sabah mahukan adalah supaya Anwar, Perdana Menteri dan dua mantan Perdana Menteri memberikan keterangan pada RCI.

“Kesediaan semua mereka menghadiri RCI bagi membolehkan pendengaran awam dapat memastikan siapa antara mereka terlibat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Bekas perdana menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamed sebelum ini mendakwa Anwar terbabit secara langsung dalam projek memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah pada tahun 1990-an.

Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Mahathir bagaimanapun menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah.

Anwar sebaliknya meminta RCI menyiasat Mahathir dan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mendakwa mereka terbabit dengan projek berkenaan.

Abdullah pula menyifatkan tindakan ketua pembangkang itu menuduhnya terbabit dalam Projek IC itu adalah semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri.

Sumber: mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon